Sejarah
Islam mula dipelajari oleh masyarakat Melayu seawal kedatangan Islam di alam
Melayu melalui kisah-kisah yang dipaparkan melalui Al-Quran. Ini kerana dua per
tiga daripada isi kandungan al-Quran mengandungi kisah sejarah selain hukum-hakam
yang dapat dijadikan panduan dan pedoman bagi generasi akan datang. Seperti di
Singapura, agama Islam merupakan agama yang minority dengan kira-kira lebih
kurang 14% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam dan kebanyakkan mereka
terdiri daripada masyarakat Melayu.
Selain
itu, pembangunan Islam di Kota Singa ini juga boleh dikatakan tidaklah terlalu
pesat dan setiap hal ehwal agama Islam termasuklah pentadbiran masjid,
madrasah, urusan menunaikan fardhu Haji, zakat dan harta wakaf semuanya
diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Walaupun pembangunan Islam
di Singapura tidak terlalu meluas tetapi mereka mempunyai satu badan atau sistem
yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal pentadbiran Islam di situ.
Pendapat
kami mengenai institusi pembangunan Islam di Singapura ini perlu diperluaskan
lagi. Hal ini demikian kerana sebagai negara yang memiliki pelbagai agama dan
bangsa, mereka seharusnya menghormati budaya agama masing-masing. Contohnya,
orang Melayu tidak dibenarkan melaung Azan terlalu kuat dan azan itu hanya
boleh didengari di dalam masjid sahaja. Malahan untuk mengetahui waktu solat,
umat Islam di sana hanya menggunakan siaran radio sahaja. Jadi, perlunya disini
pemimpin Islam yang dapat menjadi wakil suara masyarakat minoriti Islam disana.
Akhir
sekali secara keseluruhannya institusi pembangunan Islam di Singapura ini
berada pada tahap yang memuaskan kerana masih terdapat pihak-pihak yang
bertanggungjawab dan cakna tentang kewajipan fardhu kifayah mereka sebagai minoriti
Islam disana. Contohnya wujudnya restoran makanan halal, pusat ibadah, pusat
pendidikan berteraskan Islam seperti madrasah, pusat erubatan Islam dan juga
pusat perundangan Islam. Akhir sekali kami berharap semoga segala yang
dikongsikan dilaman blog ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam
diluar sana. Kami akhiri dengan sepotong ayat al-Quran tentang tingginya nilai
seseorang yang menuntut ilmu.
Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis.” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu.” maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. al-Mujadalah: 11).