Wednesday 16 April 2014

Pusat Zakat di Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada kali ini kami akan mengenengahkan tentang pusat zakat yang terdapat di Singapura. Seperti yang diketahui, Islam di Singapura tidak jauh berbeza dengan islam di Malaysia. Cuma yang berbeza adalah cara pengurusan atau sistemnya sahaja yang berbeza. Perubahan konsep keislaman di Singapura sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh warisan keislaman di Malaysia.Walaupun pada hakikatnya, islam telah lama bertapak di negeri singa ini sebelum negeri singa ini terbentuk lagi. Perkembangan islam di Singapura turut menunjukkan angka yang memberansangkan iaitu daripada keseluruhan penduduk singapura, 15% yang telah memeluk islam tidak termasuk yang berbangsa cina dan india.

Di Singapura ada lebih kurang 70 buah masjid akan tetapi yang menjadi Pusat Pungutan Zakat hanya 21 buah masjid sahaja. Salah satu daripada masjid itu ialah Masjid Kampung Delta. Pengelolaan zakat ini telah dilakukan secara profesional oleh beberapa orang pegawai terpilih yang dipercayai. Di setiap pusat pungutan zakat disediakan brosur dan formula dalam menunaikan zakat terutamanya tatacara mengira jumlah zakat yang perlu dibayar oleh setiap individu yang dapat dijadikan panduan kepada masyarakat. Jenis-jenis zakat yang dinyatakan oleh Majlis Ugama Islam Singapura ini adalah zakat emas, zakat saham, zakat perniagaan, zakat wang simpanan, zakat CPF (Tabungan Simpanan Pekerja) macam KWSP di Malaysia, zakat insuran dan zakat fitrah. MUIS juga menerangkan cara lain untuk membayar zakat melalui MUIS Online Payment Service ( Perkhidmatan Pembayaran Online), Debit eNets atau pembayaran ansuran bulan melalui giro.

Pengelolaan zakat dilakukan oleh MUIS sendiri. Pusat Zakat ini memainkan peranan penting dalam ekonomi masyarakat islam di Singapura, terutama dalam membantu membasmi kemiskinan. Hampir setiap tahun, pungutan zakat telah meningkat jumlahnya yang dipungut. Selain itu, kejujuran pengurus zakat juga menambahkan keyakinan dan kepercayaan masyarakat.Pengurus zakat juga menggunakan pelbagai pendekatan melalui media massa bagi menyebarkan informasi mengenai zakat kepada golongan umat islam melalui 


Alamat bagi Unit Pusat Pungutan Zakat ini ialah 

Zakat & Wakaf Strategic Unit 
Islamic Religious Council of Singapore (Muis) 
Singapore Islamic Hub 
273 Braddell Road 
Singapore 579702
Tel: 6359 1199 
Fax: 6359 1149
laman web : http://www.muis.gov.sg/cms/index.aspx





No comments:

Post a Comment