Wednesday 14 May 2014

Kesimpulan



Sejarah Islam mula dipelajari oleh masyarakat Melayu seawal kedatangan Islam di alam Melayu melalui kisah-kisah yang dipaparkan melalui Al-Quran. Ini kerana dua per tiga daripada isi kandungan al-Quran mengandungi kisah sejarah selain hukum-hakam yang dapat dijadikan panduan dan pedoman bagi generasi akan datang. Seperti di Singapura, agama Islam merupakan agama yang minority dengan kira-kira lebih kurang 14% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam dan kebanyakkan mereka terdiri daripada masyarakat Melayu.
Selain itu, pembangunan Islam di Kota Singa ini juga boleh dikatakan tidaklah terlalu pesat dan setiap hal ehwal agama Islam termasuklah pentadbiran masjid, madrasah, urusan menunaikan fardhu Haji, zakat dan harta wakaf semuanya diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Walaupun pembangunan Islam di Singapura tidak terlalu meluas tetapi mereka mempunyai satu badan atau sistem yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal pentadbiran Islam di situ.
Pendapat kami mengenai institusi pembangunan Islam di Singapura ini perlu diperluaskan lagi. Hal ini demikian kerana sebagai negara yang memiliki pelbagai agama dan bangsa, mereka seharusnya menghormati budaya agama masing-masing. Contohnya, orang Melayu tidak dibenarkan melaung Azan terlalu kuat dan azan itu hanya boleh didengari di dalam masjid sahaja. Malahan untuk mengetahui waktu solat, umat Islam di sana hanya menggunakan siaran radio sahaja. Jadi, perlunya disini pemimpin Islam yang dapat menjadi wakil suara masyarakat minoriti Islam disana.
Akhir sekali secara keseluruhannya institusi pembangunan Islam di Singapura ini berada pada tahap yang memuaskan kerana masih terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab dan cakna tentang kewajipan fardhu kifayah mereka sebagai minoriti Islam disana. Contohnya wujudnya restoran makanan halal, pusat ibadah, pusat pendidikan berteraskan Islam seperti madrasah, pusat erubatan Islam dan juga pusat perundangan Islam. Akhir sekali kami berharap semoga segala yang dikongsikan dilaman blog ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam diluar sana. Kami akhiri dengan sepotong ayat al-Quran tentang tingginya nilai seseorang yang menuntut ilmu.


Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis.” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu.” maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. al-Mujadalah: 11).

Thursday 8 May 2014

Institusi Pendidikan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Di sini terdapat lagi madrasah yang mengetengahkan Islam dalam sistem pendidikan mereka iaitu :

1.  Madrasah Wak Tanjong Al-Islamiyyah
Alamat : 589 Sims Ave Singapore, Singapore 387600
Tel : 6741 0131
Email : mwti@mwti.edu.sg
Laman sesawang :   http://mwti.edu.sg/

Waktu Operasi Pejabat :
  • 9:00 am – 4:00 pm (Isnin -Jumaat)
  • 9:00 am – 11:30 pm (Sabtu)

 
2.  Alsagoff Arab School
Tel : +65 6294 5909
Laman Sesawang : http://alsagoff.edu.sg/index.php/en/

3.  Madrasah Al-Ma'rif
Alamat : 3 Lorong 39 Geylang, Singapore 387865
Tel : +65 6747 9835
Laman yang boleh dikunjungi : https://www.facebook.com/AlmaarifInstitution 

Lembaga Tabung Haji Di Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bagi institusi peribadatan seterusnya iaitu ibadah haji. Institusi tabung haji ini berada di bawah Majlis Ugama islam Singapura.
SHM Logo
Kami memfokuskan kepada Lembaga Tabung Haji di Singapura yang mengamalkan sistem pendaftaran Haji yang terkini. Melalui sistem pendaftaran haji lanjutan ini (AHRS) adalah berdasarkan pendaftaran terlebih dahulu dan siapa cepat dia dapat. AHRS yang telah dilaksanakan sejak 27 September 1997. 

AHRS ini membolehkan pemohon untuk membuat persediaan awal untuk membiasakan diri mereka dengan pengurusan Haji dan merancang terlebih dahulu beliau kewangan dan komitmen lain seperti permohonan cuti. Muis akan menasihati Jemaah Haji yang bakal merancang dan mendaftar awal bagi Haji mereka. 
Seperti yang kita sedia maklum, Ibadah Haji ini adalah Rukun kelima Islam. Ia adalah wajib bagi umat Islam yang mampu untuk menunaikan fardhu Haji di Mekah sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka jika mereka mempunyai cara-cara dan perjalanan yang selamat bagi mereka.

 Jadi, Muis telah menghadkan kuota Haji secara  rasmi di Singapura sebanyak 680, 0.1% daripada populasi Muslim kami. Formula ini sebanyak 0.1% telah diputuskan oleh pertubuhan persidangan Islam (OIC) pada tahun 1987. Bilangan tempat Haji bagi tahun mengerjakan Haji adalah tertakluk kepada kuota yang diperuntukkan oleh kerajaan Arab Saudi bagi tahun tersebut. Muis akan memperuntukkan kuota Haji yang diberikan oleh pihak Arab Saudi berkuasa berdasarkan pertama-siapa cepat dia dapat dengan meletakkan keutamaan pertama pemohon kerana tempat-tempat yang tidak mencukupi untuk menampung bilangan Jemaah Haji Singapura setiap tahun. kuota rasmi yang diberikan kepada singapura 680 tempat. Muis telah mengkaji semula dasar pendaftaran Haji kami.

 Polisi yang dipinda akan memberi keutamaan kepada pemohon pertama untuk melaksanakan Haji. Bagi mereka yang ingin melaksanakan Haji lagi (iaitu repeater), akan ada tempoh masa 10 tahun sebelum mereka dibenarkan mendaftar untuk berbuat demikian. Berdasarkan polisi yang dipinda, Muis akan semula memperuntukkan tempoh pendaftaran Haji bagi pemohon Haji semasa dan memaklumkan kepada semua pemohon terlibat tahun Haji diperuntukkan mereka baru yang berpandukan polisi ini telah disemak.

untuk maklumat boleh ikuti laman web 

Wednesday 7 May 2014

Institusi Pendidikan


Senarai Universiti dan Pusat Pendidikan yang terdapat di Singapura
   1.  Universiti Nasional Singapura
  


  Alamat : University Town
  2 College Avenue West, #01-03 (Stephen Riady Centre)
  Singapore 138607
  No. Telefon : (65) 6516 1010
  Fax : (65) 6778 7570

  Dari  Malaysia, hubungi 02-6516 1010.
  Fax : 02-6778 7570
  Laman sesawang : http://www.nus.edu.sg/




  2. Universiti Teknologi Nanyang

  

 Alamat : Nanyang Technological University
 50 Nanyang Avenue, Singapore 639798
 Tel : (65) 67911744


       3.      Universiti Pengurusan Singapura

      

Alamat : Singapore Management University
81 Victoria Street
Singapore 188065
Tel : +65 6828 0100 
Fax : +65 6828 0101
Laman sesawang : http://www.smu.edu.sg/

     4.      Madrasah AlJunied Al-Islamiah

 
Alamat : 30 Victoria Lane, Singapore 198424.
Tel : 6391 5970/1
Fax : 62956221
E-mail : aljunied@aljunied.edu.sg
Laman sesawang : http://www.aljunied.edu.sg/
 
      5.      Jamiyah Singapura


Alamat : Jamiyah Headquarters
No.31 Lorong 12 Geylang
Singapore 399006
Tel: (65) 6743 1211
Fax : (65) 6745 0610
Email : info@jamiyah.org.sg