Wednesday 14 May 2014

Kesimpulan



Sejarah Islam mula dipelajari oleh masyarakat Melayu seawal kedatangan Islam di alam Melayu melalui kisah-kisah yang dipaparkan melalui Al-Quran. Ini kerana dua per tiga daripada isi kandungan al-Quran mengandungi kisah sejarah selain hukum-hakam yang dapat dijadikan panduan dan pedoman bagi generasi akan datang. Seperti di Singapura, agama Islam merupakan agama yang minority dengan kira-kira lebih kurang 14% sahaja penduduknya mengamalkan ajaran Islam dan kebanyakkan mereka terdiri daripada masyarakat Melayu.
Selain itu, pembangunan Islam di Kota Singa ini juga boleh dikatakan tidaklah terlalu pesat dan setiap hal ehwal agama Islam termasuklah pentadbiran masjid, madrasah, urusan menunaikan fardhu Haji, zakat dan harta wakaf semuanya diuruskan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Walaupun pembangunan Islam di Singapura tidak terlalu meluas tetapi mereka mempunyai satu badan atau sistem yang bertanggungjawab untuk menguruskan hal pentadbiran Islam di situ.
Pendapat kami mengenai institusi pembangunan Islam di Singapura ini perlu diperluaskan lagi. Hal ini demikian kerana sebagai negara yang memiliki pelbagai agama dan bangsa, mereka seharusnya menghormati budaya agama masing-masing. Contohnya, orang Melayu tidak dibenarkan melaung Azan terlalu kuat dan azan itu hanya boleh didengari di dalam masjid sahaja. Malahan untuk mengetahui waktu solat, umat Islam di sana hanya menggunakan siaran radio sahaja. Jadi, perlunya disini pemimpin Islam yang dapat menjadi wakil suara masyarakat minoriti Islam disana.
Akhir sekali secara keseluruhannya institusi pembangunan Islam di Singapura ini berada pada tahap yang memuaskan kerana masih terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab dan cakna tentang kewajipan fardhu kifayah mereka sebagai minoriti Islam disana. Contohnya wujudnya restoran makanan halal, pusat ibadah, pusat pendidikan berteraskan Islam seperti madrasah, pusat erubatan Islam dan juga pusat perundangan Islam. Akhir sekali kami berharap semoga segala yang dikongsikan dilaman blog ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat Islam diluar sana. Kami akhiri dengan sepotong ayat al-Quran tentang tingginya nilai seseorang yang menuntut ilmu.


Ertinya: “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu: “Berlapang-lapanglah dalam majlis.” maka lapangkanlah, niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan: “Berdirilah kamu.” maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Q.S. al-Mujadalah: 11).

No comments:

Post a Comment