Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Melihat bendera di atas sudah pasti anda dapat meneka negaranya bukan?
Negara yang dimaksudkan adalah Singapura. Negara ini merupakan sebuah pulau yang terletak di Asia Tenggara dan ia terletak di selatan semenanjung Malaysia iaitu bersebelahan dengan negeri Johor.
Negara ini memiliki 63 buah pulau kecil.
Sebuah negara yang mengamalkan bentuk pemerintahan republik dimana pemerintahan ini berasal dari rakyat yang dipimpin oleh seorang presiden untuk masa dan jabatan tertentu sebagai ketua negara. ketua pemerintahnya ialah seorang perdana menteri. Mata wang yang digunakan ialah dolar singapura (SGD). 1 dolar singapura bersamaan dengan RM 2.45.
Singapura memiliki populasi penduduk seramai 5.31 juta orang mengikut bancian penduduk pada tahun 2012. Singapura memiliki rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Majoriti rakyat di negara ini merupakan masyarakat cina etnik tiong hua. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi di Singapura manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Iklim di Singapura seperti di Malaysia dimana mengalami cuaca panas dan lembap. Suhunya sekitar 31 darjah selsius. Iklim sebegini amat sesuai kepada para pelancong yang ingin melancong ke negara ini sepanjang tahun tanpa perlu berasa bimbang. Di tambah pula dengan situasi yang tenang dan keadaan ekonomi yang stabil amat bersesuaian untuk pelancongan. Negara ini juga memiliki pelbagai tempat yang menarik dan memenuhi keperluan masyarakat islam yang ingin berkunjung di negara ini.
Antara pengangkutan awam di Singapura :-
Antara pengangkutan awam di Singapura :-
SBS Transit ( Light Rail Transit -LRT ) |
Peta LRT & MRT |
SMRT ( Mass Rapit Transit - MRT ) |
Kedua-dua kenderaan ini mula beroperasi pada pukul 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi.
SBS Buses |
SMRT Buses |
Teksi |
# P/S : untuk membolehkan anda merasai dan merancang perjalanan anda ke Singapura.. sila tekan sini...
Perkara yang perlu anda tahu sebelum ke Singapura...
- http://internasional.kompas.com/read/2012/09/28/17040660/Jumlah.Penduduk.Singapura.Naik
- http://www.voucherhotel.com/travel/transportasi-di-singapura/
- http://inspirasiamalive.blogspot.com/2012/02/ada-apa-dengan-singapore.html
- Buku Exciting Singapore a visual journey, writen by David Blocksidge (thn 2000)
No comments:
Post a Comment