Sunday, 2 March 2014

Mukadimah

Assalamualaikum WBT


Selamat datang ke taman ilmu kami. Blog ini dikendalikan oleh Siti Suhani dan Rabitah. Blog ini akan mengkhususkan tentang institusi pembangunan Islam yang terdapat di Singapura. Selain itu, anda akan dapat mengetahui lebih lanjut tentang negara Singa dan pelbagai lagi daya tarikan Islam yang terdapat di negara ini.

Kota Singa

Di samping itu, blog ini juga dihasilkan untuk memudahkan pelancong mengunjungi negara ini terutamanya golongan yang beragama Islam. Hal ini demikian kerana sudah pasti mereka yang ingin mengunjungi sesebuah negara tertentu akan memikirkan dan mencari maklumat yang mendalam sebelum mereka melancong.

Jika dilihat pada zaman sekarang,amat sukar untuk mencari tempat-tempat yang dapat memenuhi keperluan umat Islam terutamanya di negara-negara yang golongan islam adalah minoriti berbanding bukan islam. misalnya di negara singa ini. Di negara Singa ini, majoritinya masyarakat Cina iaitu sebanyak  74.2 % , diikuti masyarakat melayu 13.4% dan seterusnya masyarakat india 9.2%.

Oleh itu, kami berharap dengan terhasilnya blog ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dalam mempersiapkan diri terutamanya dari segi kewangan, fizikal, dan pelbagai lagi aspek. Kami juga berharap blog ini dapar memberikan panduan lengkap kepada pelancong yang ingin mengunjungi negara Singapura. Ikuti dengan lebih terperinci lagi dalam entri seterusnya daripada kami. Sekian,terima kasih.




No comments:

Post a Comment