Thursday 27 March 2014

Institusi Perubatan Islam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kami akan memperkenalkan kepada anda, pusat rawatan alternatif islam yang pertama terdapat di Singapura iaitu HUB RAWATAN ISLAM - SINGAPURA (nama asal) ditukarkan kepada Rawatan Islam Alternatif Nusantara. Bagi kebanyakan masyarakat Islam Singapura tidak asing lagi istilah dan amalan Ruqyah Syariyyab ini. Pusat rawatan islam ini bertujuan bagi membantu seseorang pesakit yang menghidapi penyakit yang sukar dikesan oleh ahli sains dan pakar perubatan moden selain itu termasuk juga rawatan dari segi gangguan makhluk halus dan sebagainya.  Kaedah perubatan ini adalah berpandukan Al-Quran dan Hadis. Pusat Rawatan ini memiliki beberapa orang pakar perubatan islam yang berpengalaman dalam bidang ini. Penyelaras pusat rawatan islam ini adalah Rifin Hj. Musa. Laman Sesawang yang digunakan adalah http://www.rawatanislam.com/

Para perawat ini sama ada individu atau berkumpulan berperanan bukan saja sebagai perawat tetapi berusaha memberikan pendedahan dan pengajaran tentang Ruqyah Syar'iyyah kepada masyarakat Islam nya supaya tidak terlalu terpengaruh dengan kehebatan sihir dengan mendapatkan perkhidmatan ahli sihir. Jadi,untuk mengekang masalah ini, telah wujud beberapa pihak yang ingin membantu masyarakat Islam untuk keluar dari lingkaran kesyirikan dengan melakukan rawatan yang selaras dengan tuntutan syarak.

Pelbagai kaedah diambil bagi membantu masyarakat Islam yang dilakukan oleh beberapa pusat perubatan islam di singapura sama ada melalui kuliah, kelas, seminar dan bengkel. Khidmat kaunseling juga disediakan kepada para pesakit. 

Matlamat Pusat Rawatan ini :-

  • untuk membasmi kesyirikan memupuk tabiat melazimkan pengamalan bacaan al-Quran sebagai penyembuh dalam rawatan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. 
  • Para perawat perlu sentiasa memperhalusi bacaan al-Quran dari sudut fasahah dan tajwidnya. 
  • Setiap perawat di Singapura mempunyai latarbelakang pengajian yang berbeza-beza. Justeru, perlu untuk setiap perawat melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu pengajian Islam seterusnya berpegang kepada al-Quran dan al-Sunnah bagi mengelakkan berlakunya percampuran (antara yang benar dan salah) dalam pengambilan sumber (dalil) khususnya berkenaan permasalahan dan persoalan yang berlaku di sekitar Ruqyah Syar’iyyah.
Cara Pelaksanaannya....
  • Membaca ayat-ayat al-Quran dan doa-doa daripada hadith Nabi s.a.w yang sahih pada diri orang yang sakit atau pada anggota badannya yang sakit akibat disihir dan disertai dengan tiupan serta sentuhan pada tempat yang sakit dengan tangan kanan. 
  • Membaca ayat-ayat al-Quran dan beberapa surah yang bersesuaian (dalam merawati sesuatu kes) dibacakan ke dalam air botol atau baldi untuk dibuat minum dan mandi secara berterusan dan konsisten berhari-hari, minggu, dan bulan sehingga pulih.
  • Bagi sebahagian pesakit dalam kes-kes yang rumit dinasihati juga menggunakan daun bidara yang telah ditumbuk hingga halus dan diletakkan di dalam air untuk dibuat mandi. Setelah dibacakan pada air dan juga pada serbuk daun bidara tersebut, hendaklah si pesakit meminumnya sebanyak tiga kali (atau banyak kali), dan kemudiannya mandi dengan menggunakan air yang telah dibaca itu.
  • Mengamalkan bacaan surah al-Baqarah di sesebuah rumah. Dibuat secara berterusan sehingga hilangnya kuasa sihir dan gangguan jin di rumah tersebut. Ini sesuai dengan sabda Nabi s.a.w. yang mengatakan syaitan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah. Menghapuskan segala tangkal, wafak dan bahan-bahan yang membawa kepada kesyirikan dalam rumah pesakit. Perkara ini adalah sebagaimana yang diarahkan oleh baginda Nabi s.a.w agar menanggalkan kalung pendinding yang terdapat pada leher seekor unta


Pusat Rawatan Islam ini ada beberapa cawangan :-


  1. Komuniti Ruqyah Syar'iyyah Singapura



    - Url : http://www.komunitiruqyahsyariyyahsingapura.com/
    - ditubuhkan pada Jan 1998
  2. Terapi al-Quran Singapura


    Facebook : https://www.facebook.com/pages/Terapi-Al-Quran-Singapura/102453303156468
  3. Islamic Medicine Akrine Singapura


    Facebook : https://www.facebook.com/akrine.singaporeBlog : http://akrine.blogspot.com/2009_04_01_archive.html
  4. Pusat Rawatan Darul Ilaaj (Changi Road)


    Lokasi : 225A, Changi Road, Singapore 419745
    No.tel : 65-68469965
    Url : www.darulilaai.com
  5. Pusat Rawatan Darul Ajyal



    Url : http://portal.darulajyal.com/?page_id=15
  6. Rawatan Ruqyah Singapura



    Url : 
    http://rawatanruqyahsingapura.blogspot.com/


sumber :
  • http://prezi.com/uoksfdmhznli/amalan-ruqyah-syariyyah-di-singapura-satu-sorotan/
  • https://www.facebook.com/sidekb/posts/4694238627803
  • http://www.islamicfinder.org/getitWorld.php?id=75524

No comments:

Post a Comment