Tuesday 18 March 2014

Lipatan Pengetahuan tentang Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Melihat bendera di atas sudah pasti anda dapat meneka negaranya bukan?
Negara yang dimaksudkan adalah Singapura. Negara ini merupakan sebuah pulau yang terletak di Asia Tenggara dan ia terletak di selatan semenanjung Malaysia iaitu bersebelahan dengan negeri Johor. 


Negara ini memiliki 63 buah pulau kecil.



Sebuah negara yang mengamalkan bentuk pemerintahan republik dimana pemerintahan ini berasal dari rakyat yang dipimpin oleh seorang presiden untuk masa dan jabatan tertentu sebagai ketua negara. ketua pemerintahnya ialah seorang perdana menteri. Mata wang yang digunakan ialah dolar singapura (SGD). 1 dolar singapura bersamaan dengan RM 2.45.
Singapura memiliki populasi penduduk seramai 5.31 juta orang mengikut bancian penduduk pada tahun 2012. Singapura memiliki rakyat yang berbilang bangsa dan agama. Majoriti rakyat di negara ini merupakan masyarakat cina etnik tiong hua. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi di Singapura manakala bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. 

Iklim di Singapura seperti di Malaysia dimana mengalami cuaca panas dan lembap. Suhunya sekitar 31 darjah selsius. Iklim sebegini amat sesuai kepada para pelancong yang ingin melancong ke negara ini sepanjang tahun tanpa perlu berasa bimbang. Di tambah pula dengan situasi yang tenang dan keadaan ekonomi yang stabil amat bersesuaian untuk pelancongan.  Negara ini juga memiliki pelbagai tempat yang menarik dan memenuhi keperluan masyarakat islam yang ingin berkunjung di negara ini.

Antara pengangkutan awam di Singapura :-

LRT
SBS Transit
( Light Rail Transit -LRT )
Peta LRT & MRT

SMRT
( Mass Rapit Transit - MRT )

Kedua-dua kenderaan ini mula beroperasi pada pukul 5.30 pagi sehingga 1.00 pagi.
Bus SBS Transit di Singapura
SBS Buses

Kumpulan Bus SMRT
SMRT Buses

Taksi di Singapura
Teksi

# P/S : untuk membolehkan anda merasai dan merancang perjalanan anda ke Singapura.. sila tekan sini...

Perkara yang perlu anda tahu sebelum ke Singapura...
  1. Membuat passport

  2. Membeli AutoPass Card ( di bahagian imigresen) - macam SmartTAG
    (memudahkan urusan pembayaran tol, parking kereta dan segala jenis saman)

  3. Beli kad ini untuk penggunaan kenderaan awam.

  4. Pastikan ada GPS (Global Positioning System) - sistem navigasi satelit.



sumber :

  1.  http://internasional.kompas.com/read/2012/09/28/17040660/Jumlah.Penduduk.Singapura.Naik
  2. http://www.voucherhotel.com/travel/transportasi-di-singapura/
  3. http://inspirasiamalive.blogspot.com/2012/02/ada-apa-dengan-singapore.html
  4. Buku Exciting Singapore a visual journey, writen by David Blocksidge (thn 2000)


No comments:

Post a Comment