Wednesday 19 March 2014

Mahkamah Syariah di Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada kali ini, kami akan membincangkan mengenai Institusi Perundangan Islam di Singapura.
Fokus utama kami adalah Mahkamah Syariah di Singapura.






Mahkamah Syariah ini terletak di

Bangunan Baru ( berpindah pada 21 Dis 2009)

Mahkamah Syariah Singapura ini ditubuhkan pada tahun 1955 merupakan hasil dari kajian sebuah jawatankuasa yang dibentuk oleh Pemerintah Singapura yang terdiri dari pakar undang-undang, kadi-kadi dan para ulama tempatan. Hasil dari kajian mereka maka terbentuk satu akta yang dikenali sebagai Muslims Ordinance yang dijadikan undang-undang pada tahun 30 Mei 1957. Akta ini telah digunakan sehingga tahun 1966. kemudian Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA) diperkenalkan bagi menggantikan akta Muslims Ordinance. Akta ini telah digubal bagi memperkemaskan sistem pentadbiran undang-undang islam. Pada tahun 1999, akta ini telah dipinda dan ditambah lagi bagi meningkatkan keupayaan Mahkamah untuk menyelesaikan kes-kes tuntutan cerai dan isu-isu sampingan dengan lebih berkesan bagi menjadikan Mahkamah Syariah ini dipercayai, dinamik dan saksama yang mengilhamkan keyakinan masyarakat.

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah ini mempunyai kuasa terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan :-
  • perkahwinan
  • penceraian yang diketahui dalam hukum islam seperti Fasakh, Cerai Taklik, Khulu' dan Talak.
  • Pertunangan. tidak sahnya perkahwinan atau perpisahan menerusi kuasa kehakiman.
  • Pemberesan atau pembahagian harta 
  • pembayaran maskawin, nafkah dan mut'ah.
Mahkamah Syariah ini memulakan operasinya setiap hari isnin hingga sabtu.

Isnin sehingga Khamis : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari, 2.00 petang - 5.30 petang
Jumaat : 8.30 pagi -12.30 tengah hari, 2.30 petang - 5.30 petang
Sabtu : 8.30 pagi - 1.00 tengah hari
( tutup pada cuti am)

Bagi memasuki Mahkamah Syariah ini, pastikan peraturan pemakaian dipatuhi.


Mahkamah Syariah ini berada dibawah Majlis Ugama Islam Singapura.





lokasi : 273 Braddell Rd, Singapore 579702
no.tel : +65 6256 8188

sumber : 
  1. https://app.syariahcourt.gov.sg/syariah/front-end/Home.aspx

No comments:

Post a Comment